Sediakan bahan-bahan. Bersihkan ayam dan kucuri dengan air limau nipis, biarkan selama 10 minit dan bilas hingga bersih.
Sediakan kuali, kemudian tuangkan air dan masukkan ayam, masak sehingga empuk.
Sementara menunggu ayam empuk, kita tumis bahan rempah. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan serai + daun salam + daun jeruk + halia + serbuk lada sulah. Tumis hingga layu kemudian angkat dan ketepikan.
Selepas ayam mendidih, masukkan lobak merah + kentang + kayu manis + tumis rempah, biarkan mendidih.
Kemudian masukkan Air Rebusan Ayam + Garam + Gula. Masak sehingga bumbu meresap.
Selepas itu taburkan daun bawang + saderi + bawang goreng. Bila dah masak tutup api dapur.
Sup Ayam sedia untuk dihidangkan. Makan semasa suam lebih sedap.