Go Back
+ servings
Lasagna

Lasagna

Sajian yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan teman teman rapat sambil bersantai di hujung minggu dan hari hari istimewa.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Dessert
Cuisine Italian
Servings 4 Orang

Ingredients
  

  • 250 gram lasagna
  • 250 gram keju mozarella
  • 500 gram daging kisar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 1 batang saderi dipotong dadu
  • 1 tin cendawan butang dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 biji tomato dipotong dadu
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada
  • 1 sudu kecil oregano kering

Instructions
 

  • Panaskan minyak dalam kuali, tambahkan bawang, lobak merah, bawang putih, batang saderi, dan cendawan butang. Masak hingga sayuran lembut.
  • Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar keperangan.
  • Masukan sos tomato, dan tomato yang dipotong dadu aduk sebati.
  • Tambah garam, lada hitam juga oregano.Tutup kuali dan biarkan ia masak lebih kurang 20 minit iaitu hingga sos lebih pekat.
  • Sementara itu kita buat sos putih atau sos keju. Panaskan periuk sos cairkan mentega dan tambahkan tepung gandum kacau dan masak lebih kurang 2 minit.
  • Alihkan periuk dari api dapur lalu tuang susu segar dan letakkan semula periuk di atas api dapur, kacau sebati hingga pekat dan halus. Tambah garam, lada hitam dan separuh keju mozarella kacau rata dengan api perlahan hingga keju cair. Tutup api dan ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang. Tuangkan 1/2 cawan sos daging dan ratakan. Lapiskan kepingan lasagna, sos daging kemudian tambahkan sos putih dan akhiri dengan taburan keju mozarella. Ulang hingga lebih kurang 3-4 lapisan.
  • Bakar hingga 35-40 minit atau hingga lasagna bebetul masak. Boleh cucuk dengar garfu untuk memastikan kepingan lasagna masak dan lembut elok.
Keyword Lasagna
Tried this recipe?Let us know how it was!