Bersihkan ikan merah kemudian goreng hingga kering kemudian ketepikan dahulu.
Haluskan bawang merah, bawang putih dan lada sulah.
Potong bawang merah, bawang besar, cili merah, dan cili hijau.
Potong daun bawang dan lobak merah.
Tumis rempah kemudian masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
Masukkan lobak merah dan masukkan air, rebus lobak merah separuh masak.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, gula, garam, stok serbuk, cili merah dan cili hijau. Kacau sehingga masak.
Selepas sos masak, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi, kemudian hidangkan.