Mix kan telur, gula kastor dan ovalette selama 12 minit. Masukkan esen vanila dan susu. Mix lagi sampai gebu. Masukkan minyak minyak mix sekejap sahaja.
Tutup mixer dan masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak. Kaup balik sahaja dengan spatulla.
Bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda. Panaskan oven dahulu selama 8-10 minit. Griskan loyang dengan minyak atau margerin. Selang selikan adunan tadi hingga habis.
Untuk efek jelita : Lapiskan kan bahagian atas dengan adunan plain. Lukis corak yang dikehendaki
Panaskan oven dahulu selama 8-10 minit. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 160°C api atas dan bawah atau mengikut oven masing² hingga masak.
Setelah kek masak keluarkan dari oven dan terbalikkan diatas redai.