Sediakan semua bahan.
Kupas labu, potong-potong, cuci bersih dan kukus hingga masak. Kemudian haluskan dan ketepikan.
Sediakan bekas kosong, masukkan tepung, gula, garam, fermipan, minyak dan labu yang telah di tumbuk tadi. Gaul hingga rata, tuangkan susu cair sedikit demi sedikit dan uli doh hingga rata.
Selepas adunan sebati, biarkan selama lebih kurang 30 minit atau lebih, kemudian sapu loyang dengan sedikit mentega atau minyak. Ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi bebola kecil kemudian susun di atas loyang sehingga penuh.
Bakar roti sehingga masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Untuk suhu ketuhar ialah 180 darjah mengikut oven masing-masing.
Nota: Sebelum doh dibakar, kita sapu dulu dengan susu cair dan tabur woken.
Akhir sekali, panaskan doh.
Roti sedia untuk dihidangkan.