Bubur Kacang Hijau Susu
Buat bubur susu kacang hijau untuk berbuka puasa, lagipun senang nak buat, jimat gas, masa & kos, tapi rasa sangat sedap dan mudah kenyang.
Prep Time 10 minutes mins
Cook Time 50 minutes mins
Course Main Course
Cuisine Chinese
Bahan-bahan
- 250 Gram Kacang hijau
- 250 ml Susu UHT penuh krim (Full cream)
- 1 Pek Santan (Jenama Santan Kara segitiga @65 ml)
- 3 Biji Gula merah bulat kecil
- 5 Sudu besar Gula
- 1 Liter Air
- Secubit Garam
- 2 Helai Daun pandan
Langkah-langkah
Sediakan semua bahan.
Rendam kacang hijau selama 3 hingga 5 jam, kemudian bersihkan & toskan.
Didihkan air dan rebus hanya kacang hijau & daun pandan (tanpa bahan lain) selama 5 minit.
Kemudian tutup dapur, biarkan periuk berada di atas dapur selama 30 minit tanpa membuka penutup.
Selepas 30 minit, lihat kacang hijau masak dengan sempurna, dijamin sangat lembut.
Kemudian masak semula kacang hijau selama 7 minit, masukkan susu UHT, santan, gula merah, gula & garam. Kacau hingga rata.
Angkat & hidangkan. Bubur kacang hijau sedia untuk dinikmati.
Keyword Bubur, Kacang hijau, Susu