Go Back
+ servings
Daging Black Pepper

Daging Black Pepper

Ini menu kegemaran saya ketika cuaca sejuk. Untuk rasa yang sedap, lada hitam mesti menggunakan bijirin penuh, okay.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 45 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 4 Orang

Ingredients
  

  • 500 gram daging bahagian tenderloin dipotong dadu
  • 1 biji cili banggala merah hiris ikut selera
  • 1 biji cili banggala hijau hiris ikut selera
  • 1 biji bawang besar holland hiris ikut selera
  • 1 tangkai bawang daun hiris ikut selera
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus

Bahan Perapan

  • 3 sudu besar lada hitan bijirin penuh dikisar kasar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang di tumbuk
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Instructions
 

  • Gaul semua bahan perapan dalam mangkuk agak besar. Masukan daging yang dipotong dadu gaul sebati, kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan daging (daging sahaja, tinggalkan rempah ratus di dalam mangkuk dahulu).
  • Selepas daging masak, masukkan sayur/bahan lain. Kacau sekejap sehingga bawang besar layu.
  • Masukkan perapan yang masih ada, kemudian kacau dan masak sekejap.
  • Kalau rasa betul, angkat, dan hidangkan.
Keyword Black Pepper, Daging
Tried this recipe?Let us know how it was!