Chicken Teriyaki
Ayam teriyaki sangat sesuai dijadikan menu bento atau makan tengah hari yang dihidangkan bersama nasi dan sayur rebus.
Prep Time 10 minutes mins
Cook Time 30 minutes mins
Course Main Course
Cuisine Japanese
Bahan Teras
- 500 gram dada ayam fillet
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu besar marjerin
Bahan Perencah Perap
- 4 ulas bawang putih
- 4 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar minyak bijan
Potong ayam kecil-kecil mengikut citarasa anda.
Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan campurkan semua bahan perencah perap.
Masukkan bawang putih parut dan kacau sehingga sekata kemudian simpan ayam di dalam peti sejuk 1-2 jam.
Hiris bawang besar dan kisar bawang putih.
Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin untuk menumis masukkan bawang putih yang dihiris.
Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau sentiasa hingga keluar air kemudian betulkan rasa selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris.
Kacau sehingga sekata dan chicken teriyaki sedia untuk dimakan.
Keyword ayam teriyaki, chicken teriyaki