Go Back
+ servings
resepi peria tumis telur

Peria Goreng Telur

Peria tumis telur adalah masakan sayur yang ringkas dan amat mudah disediakan. Peria merupakan sayuran yang berkhasiat dan sangat bagus untuk kesihatan.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 27 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 3 people

Ingredients
  

  • 3 biji peria saiz sederhana potong separuh memanjang, buang biji, hiris nipis
  • 4 biji telur ayam goreng hancur
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili hijau besar
  • 5 biji cili merah kerinting
  • 2 biji cili api
  • 1 ruas serai hancurkan
  • 1 helai daun salam
  • ½ biji tomato
  • secukupnya perasa
  • secukupnya gula
  • secukupnya garam

Instructions
 

  • Hiris bawang merah, bawang putih, cili merah kerinting, cili merah, cili hijau, tomato.
  • Panaskan minyak masak, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, dan daun salam. Tumis hingga layu dan naik bau.
  • Setelah naik bau, masukkan hirisan cili hijau, cili api, dan cili merah kerinting bersama tomato cincang. Tumis hingga layu.
  • Selepas layu beri kira-kira 250 ml air. Masukkan garam, gula dan perasa. Selepas itu masukkan peria yang telah dihiris nipis. Masak sehingga air agak kering.
  • Selepas air hanya sedikit, masukkan telur hancur. Masak sehingga air habis.
Keyword peria katang goreng telur, peria telur, peria tumis telur, sayur peria tumis telur
Tried this recipe?Let us know how it was!