Go Back
+ servings
nasi kebuli daging lembu

Nasi Kebuli Daging Lembu

Nasi kebuli daging lembu ini sangat laris di rumah terutama mereka yang menggemari jenis nasi masak rempah wangi seperti nasi kebuli, nasi minyak, nasi kuning, nasi uduk dan lain-lain.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour 20 minutes
Course Main Course
Cuisine Mediterranean
Servings 5

Ingredients
  

Bahan Utamanya

  • 5 Cawan Beras
  • 500-700 Gram Daging lembu
  • 1 Biji Bawang besar(Bombay) Dicincang kasar
  • 12 Biji Bawang merah Dicincang kasar
  • 7 Ulas Bawang putih Dicincang kasar
  • 5 Biji Buah pelaga
  • 1 Tangkai Kayu manis
  • 3 Biji Cengkih
  • 3 Biji Pekak (bunga ihsan)
  • 5 Sudu besar Susu cair/santan
  • 2 Sudu besar Sos tomato
  • 1 Sudu besar Serbuk kari
  • Secukupnya Garam, gula dan air

Bahan-bahan Untuk Rempah Tumbuk

  • 6 Biji Cili kerinting merah
  • ½ Sudu kecil Adas
  • ½ Biji Pala
  • ½ Sudu kecil Lada sulah
  • 1 Sudu kecil Ketumbar

Instructions
 

  • Basuh beras, rendam selama 5 minit. Toskan dengan baik.
  • Bersihkan daging, potong kecil-kecil.
  • Panaskan kuali, tumis bawang besar, rempah kisar bersama kayu manis, cengkih, pekak dan buah pelaga hingga naik bau.
  • Masukkan daging, tumis hingga bertukar warna, masukkan 1 sudu besar serbuk kari
  • Masukkan air, sos tomato, santan/susu cair bersama garam, gula secukup rasa, masak hingga daging empuk. Jumlah air kenalah agak sedikit kerana nanti air rebusan yang selebihnya akan digunakan untuk memasak nasi.
  • Keluarkan daging empuk dari kuahnya. Toskan daging kemudian goreng.
  • Gunakan stok daging yang masih ada untuk memasak nasi. Rasakan kuahnya dahulu, jika rasa betul, kemudian masukkan beras yang telah dicuci tadi ke dalam kuahnya (sesuaikan kuantiti air rebusan mengikut kuantiti nasi yang dimasak. Jika terlalu banyak, ambil air rebusannya, jika tidak cukup air, masukkan air) sehingga stok diserap sepenuhnya oleh beras.
  • Kukus beras aron hingga masak.
  • Hidangkan nasi kebuli bersama daging yang digoreng. Taburkan bawang goreng banyak-banyak. Wangi dan sedap sangat.
Keyword Daging, Nasi
Tried this recipe?Let us know how it was!