Go Back
+ servings

Pop Corn

Menonton sambil makan popcorn memang menyeronokkan. Jadi, disebabkan saya tidak dapat pergi ke pawagam, akhirnya saya membuat popcorn karamel sendiri untuk snek di rumah.
No ratings yet
Prep Time 5 minutes
Cook Time 20 minutes
Course Snack
Cuisine American
Servings 3

Ingredients
  

Bahan-Bahan

  • 2 Genggam kecil Jagung kering Berkupas.
  • 3 Sudu besar Mentega (Saya guna mentega masin).
  • 3 Sudu besar Gula melaka Sisir (saya guna 4 sudu besar gula merah sisir).
  • 3 Sudu besar Gula halus
  • 1 Sudu besar SKM (Susu kental manis)
  • ¼ Sudu kecil Garam

Instructions
 

  • Panaskan 2 sudu besar mentega dalam kuali besar. Masukkan jagung dan penutup. Goncang popcorn itu sekali-sekala, supaya ia tidak hangus.
  • Bila jagung dah mula bertukar jadi popcorn, terus goncang kuali tapi simpan atas api, supaya masak sekata dan tak hangus. Pastikan semua jagung masak, tiada lagi bunyi letupan. Buka penutup kuali. Matikan api.
  • Dalam kuali lain (guna Teflon saja untuk senang) panaskan 1 sudu besar mentega kemudian masukkan gula merah, gula halus, skm (susu kental manis) dan garam. Tunggu sehingga semuanya larut dan mula karamel. Tanda telah keluar berbuih dan menebal. Goncangkan sahaja Teflon sebentar supaya rata.
  • Tutup api, kemudian tuangkan karamel ke atas popcorn. Kacau dengan cepat, supaya tidak berketul di satu kawasan. Terus kacau popcorn.
  • Sejukkan popcorn di atas loyang lebar yang dialas dengan kertas pembakar. Selepas ia sejuk, salin ke dalam bekas kedap udara.
  • Selesai dan sedia untuk dinikmati.
Keyword Caramel, Pop Corn, Popcorn
Tried this recipe?Let us know how it was!