Mula-mula, masukkan serbuk cili (diayak), serbuk kari, garam, gula, mentega dan telur. Pukul sehingga gula dan garam larut.
Kemudian, masukkan tepung kacang dhal (diayak), tepung pulut. Gaul rata Masukkan air sedikit demi sedikit. Doh tidak boleh terlalu lembut atau keras. Kalau susah, susah nak pusing.
Seterusnya gaul adunan sehingga menjadi doh. Kemudian masukkan doh ke dalam acuan berbentuk reben.
AKhir sekali, panaskan minyak dalam kuali. Dan goreng dia sehingga keemasan. Angkat dan ulang sehingga habis. Selepas ia sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Taburkan daun kari yang telah digoreng untuk menghidu aroma kari.