Mula-mula, campurkan bahan A dalam bowl bread maker. Pilih knead supaya bahan A sebati lebih kurang 2 minit (Tm6:2 min/37°C/speed 2.)
Seterusnya baru masukkan bahan B di akhiri garam. Pilih mode ‘knead’.Tm6:Dough/5 min. Kemudian, apabila siap, keluarkan doh dan uli sedikit bagi licin dan bentukkan menjadi doh bebola. Tutup dengan plastik atau besen besar. Rehatkan doh selama 15 minit.
Seterusnya, potong doh kepada 16-18 bahagian dengan anggaran berat 40 g setiap satu.
Kemudian, lipat doh, picit dan leperkan, masukkan gula pasir dan butter sebagai inti jika suka. Tutup kemas. Rounding kan.
Akhir sekali, susun dalam loyang bergris. Tutup loyang dengan plastik/besen besar. Rehatkan doh 20-30 minit atau doh mengembang 2x ganda. (Masa pengembangan doh berbeza2 bergantung pada pelbagai faktor).