Resepi Bubur Nasi Ayam kali ini saya cuba menggunakan lebihan nasi kukus semalam yang selalunya hanya dibuat nasi goreng sahaja. Toppingnya menggunakan cakwe, ayam yang telah dicincang.
Panaskan kuali. Tuangkan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging, tumis hingga bertukar warna, masukkan air rebusan, masak hingga mendidih.
Masukkan beras, masak sehingga mendidih dan masak sehingga pekat dan nasi menjadi bubur, kacau sentiasa. Masukkan kicap, garam, gula dan lada sulah. uji rasa. Kemudian masukkan daun bawang dan minyak bijan sekejap untuk keluarkan.