Didihkan air dan daun pandan.
Masukkan sagu mata ikan dan masak dengan api sederhana selama 5 minit. Kacau sekali-sekala.
Bila dah masak tutup api dan tutup dengan tudung. Biarkan selama 30 minit untuk menyejukkan sedikit.
Selepas itu, buka penutup semula. Hidupkan api. Kemudian, masukkan gula dan serbuk vanila. Kacau hingga sebati.
Biarkan mendidih dan tekstur mata ikan sungguh kenyal.
Bila mendidih, tutup api dan tutup semula. Biarkan beberapa minit lagi supaya masak sekata, tiada bintik putih pada sagu mata ikan.
Sementara menunggu, buat kuah santan dengan masukkan santan, air, garam dan daun pandan serentak. Masak hingga mendidih.
Hidangkan bubur sagu mata ikan bersama santan.