Potong kentang berbentuk dadu dan rebuskan selama lebih kurang 20 minit
Kemudian, toskan dan lenyek. Gaulkan bersama susu segar dan lada sulah. Kentangnya dah pun siap.
Untuk membuat kuah, mula-mula didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar.
Selepas itu, renehkan selama 10 minit. Tutup api dan toskan air rebusan ini ke dalam sebuah bekas. Ketepikan dulu.
Kemudian, cairkan marjerin dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul.
Seterusnya, masukkan air rebusan yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran marjerin dan tepung. Campurkan sedikit demi sedikit.
Taburkan serbuk lada hitam dan lada sulah mengikut kuantiti dan citarasa anda.
Siap untuk dihidang.